Loading...

Sebuah penemuan ke atas sebuah ‘pulau misteri’ yang dikatakan muncul di tepi pantai North Carolina Cape Hatteras National Seashore benar-benar telah mengejutkan orang ramai. Pulau itu pada awalnya telah dikesan oleh seorang jurugambar, Chad Koczera.

Koczera telah menggunakan drone untuk mengambil rakaman gambar melalui udara di pulau itu. Pada masa itu, ribut baru sahaja berlalu dan dia sebenarnya sedang mencari cangkerang pada ketika itu.

Imbas kembali: keadaan pantai selepas dilanda ribut dan tidak ada pulau yang kelihatan

Pulau misteri itu secara tidak rasmi dikenali sebagai “Pulau Shelly” oleh penduduk tempatan kerana terdapat banyak kerang dan kerikil yang berwarna-warni memenuhi kawasan di sepanjang pasir pulau itu.

Sebulan sebelum pulau itu ditemukan oleh Chad, penduduk tempatan menyangka bahawa pulau itu “hanya sekadar benjolan kecil.”

Sebelum penemuan pulau ini, Cahd, seorang jurugambar mengatakan bahawa telah berlakunya ribut di kawasan itu

Pulau berbentuk sabit seolah-olah dikatakan muncul semalaman

Jonathan O’Callaghan daripada IFLScience! Mengatakan bahawa ia adalah benar-benar tidak begitu luar biasa untuk landasan atau benua untuk muncul di kawasan itu. Menurutnya lagi:

“Perkara itu berlaku kerana di sini, di mana selatan Labrador semasa telah mencecah aliran teluk yang lebih panas, perairan yang deras dan ribut boleh menyebabkan perubahan dramatik, iaitu dengan menghancurkan pantai serta membentuk sedimen baru.”

Callaghan kemudian menunjukkan bahawa pulau tersebut memiliki saiz yang agak besar dengan saiz yang “agak luar biasa.” Untuk pengetahuan semua, pulau itu memiliki panjang kira-kira satu batu panjang dan lebih daripada 400 kaki lebar.

Orang ramai teruja untuk menyeberangi pulau baru tersebut, tetapi mereka diberi amaran supaya tidak melakukannya

Saintis juga mengatakan bahawa bentuk pulau misteri itu boleh berubah. Menurut mereka juga pulau tersebut juga boleh menghilang serta boleh bergabung dengan tanah besar.

Loading...