Waktu Paling Tepat Edarkan Kad Undangan

Kamu dah ada tarikh kahwin tapi tak tahu bila masa yang sesuai membahagikan serta mengedarkan kad kahwin kepada tetamu undangan? Nah, proses mengedarkan kad kahwin boleh menjadi sesuatu yang kelam-kabut jika tidak dirancang dengan sebaiknya. Ini tips yang boleh Wanista kongsikan bersama kamu wahai bakal-bakal pengantin yang dikasihi.

ENAM BULAN SEBELUM KAHWIN

Setahun hingga enam bulan sebelum tarikh resepsi adalah waktu paling tepat untuk kamu pergi menempah kad perkahwinan. Ini kerana syarikat yang mencetak kad kahwin biasanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk siap mencetak kad kahwin yang berjumlah 300 hingga 500 keping.

Jadi, jangan asyik menangguh masa untuk menempah kad kahwin. Ini bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan pihak pencetak. Adalah menjadi tanggungjawab bakal pengantin juga menyemak kembali draft kad kahwin yang disedikan pihak pereka kad kahwin. Pastikan setiap ejaan betul, struktur peta tepat serta tarikh dan masa tentatif tersusun secara sempurna. jika sudah terlanjur kad kamu dicetak dengan ejaan yang salah atau peta yang tidak tepat. Ini bakal memberi kerugian buat kamu kerana bukan murah kos menempah kad kahwin.

SEBULAN SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan rapat sebulan sebelum majlis pernikahan atau resepsi. Waktu ini paling sesuai untuk menghantar kad kahwin kepada saudara dan kenalan kamu yang berada di luar kota. Contoh: Mereka yang tinggal di luar kota atau luar negara.

SEBULAN HINGGA DUA MINGGU SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan lain yang tinggal berhampiran kamu sebulan atau dua minggu sebelum kahwin. Contoh: Kenalan di pejabat dll.

Jangan terlalu cepat memberi undangan kepada mereka kerana takut mereka terlupa tarikh resepsi kamu seterusnya tidak hadir nanti. Tempoh dua minggu sebelum majlis itu adalah paling sesuai dan sekurang-kurangnya mereka boleh merancang dan menyusun jadual mereka awal-awal.

Walaupun ramai bakal pengantin tidak mengambil berat tentang proses pembahagian undangan ini, ia sebenarnya penting agar majlis berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *