5 Pengurusan Masa Yang Diamalkan Oleh Mereka Yang Berjaya

Pengurusan masa adalah sesuatu yang paling penting jika anda mahu berjaya. Anda tidak seharusnya membazirkan masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah, dan perlu tahu untuk menguruskan masa dengan efisien. Berikut adalah 5 tips pengurusan masa oleh mereka yang berjaya.

1. Bahagikan Masa

Orang yang berjaya cenderung untuk berfikir untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang. Elon Musk juga tiada bezanya. Dengan syarikat SpaceX dan Tesla, usahawan berwawasan itu dikatakan berjaya mengurangkan masa bekerja daripada 100 jam seminggu kepada 85 jam seminggu.

Musk melakukannya dengan membahagikan waktunya kepada slot selama lima minit. Dengan memecah hari ke jadual yang kecil, Musk boleh memberi tumpuan kepada tugas sepenuhnya. Oleh itu, jadual merupakan satu kaedah yang penting dalam membahagikan masa secara sistematik.

2. Buang Yang Tidak Berfaedah

Dalam buku yang berjudul “The Ultimate Guide to Time Management,” ahli perniagaan dan penulis terkenal, Tony Robbins menasihatkan pembacanya untuk menjaga masa mereka dengan cara yang sama mereka menjaga wang mereka. Pengurusan masa – sebagai sumber mesti dipelihara dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara tidak berfaedah. Beliau mencadangkan agar kita “menukar” masa yang terbuang kepada masa yang produktif dengan menggunakan segala peluang yang ada.

Sebagai contoh, jika anda nak sangat membaca tetapi tidak mempunyai masa, dengarlah buku audio (audiobook) semasa perjalanan harian anda; atau dengan membaca di dalam LRT atau pengangkutan awam semasa hendak ke tempat bekerja. Tak pun, dengar semasa anda sedang joging atau bersenam. Manfaatkan masa anda sebaiknya!

3. Fokus Kepada “5”

Orang yang berjaya cenderung untuk menjadi “pakar” dalam mengasingkan tugas-tugas yang penting untuk berjaya. Lima tugas, adalah nombor yang sering disebut. Menurut artikel yang tersiar di dalam Investment News, sifu pelaburan iaitu Warren Buffett ditanya oleh juruterbangnya untuk mendapatkan nasihat tentang kejayaan.

Buffett memberitahu juruterbang tersebut untuk membuat senarai 25 sasaran atau matlamat yang ingin dicapai pada tahun depan. Kemudian dia memberitahunya untuk memilih lima gol utama dan lupakan kepada sasaran atau matlamat yang lain.

4. Bercuti

Bercuti merupakan waktu yang mungkin kelihatan tidak masuk akal untuk mereka yang ingin berjaya, tetapi penyelidikan saintifik dan juga kepercayaan beberapa orang yang paling berjaya di dunia – menunjukkan bahawa percutian berkala membuat seseorang itu lebih produktif. Satu kajian baru-baru ini oleh Projek: Time Off mendedahkan bahawa lebih daripada separuh pekerja Amerika mengambil beberapa hari untuk pergi bercuti setiap tahun.

Kajian menunjukkan bahawa apabila sedang bercuti, kita akan rasa tekanan kerja yang lebih rendah dan peningkatan produktiviti. Menurut CNBC, Oprah Winfrey, Richard Branson, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Reed Hastings dan bekas CEO eBay, John Donahoe, kesemuanya menganggap percutian sebagai hack pengurusan masa yang sering diamalkan.

5. Bangun Awal

Bangun awal akan menjadikan anda lebih produktif. Anda akan berasa bahawa masa sangat mencukupi apabila anda bangun awal. Bagi seorang dewasa, anda hanya perlu 5 jam atau 6 jam tidur untuk mendapatkan rehat yang bagus selain pemakanan yang seimbang. Tim Cook, CEO syarikat Apple, bangun seawal jam 3:45 pagi untuk memulakan paginya.

Setiap Orang Ada 24 Jam Sehari

Jangan pula kita kata masa tidak mencukupi, sebab setiap orang diberikan 24 jam sehari. Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik yang mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *