About Me

10 lagi lokaliti di 5 negeri dikenakan PKPD - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Sepuluh lagi lokaliti di Sabah, Pahang, Johor, Sarawak dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 hingga 24 Jun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu dilaksanakan bagi mengawal penularan kes COVID-19 daripada merebak ke kawasan lain.

Di Sabah, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San di Kudat selain Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Hoo di Kinabatangan.

Di Pahang (FELDA Tembangau 1 dan FELDA Tembangau 3, Bera selain Felda Jengka 7 di Maran); Johor (FELDA Inas, Kulai); Sarawak (Kampung Sinar Budi Baru, Kuching); dan Kelantan (Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil, Tumpat).

Selain itu, katanya PKPD di FELDA Tersang 1,2 & 3, Raub, Pahang dilanjutkan bermula 11 hingga 24 Jun.

Dalam pada itu, katanya kawasan yang ditamatkan PKPD bermula esok ialah Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D), Kuala Lumpur; Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud dan Taman Sawit Balung, Tawau, Sabah.

Di Pahang, mukim Perak dan mukim Bangau di Temerloh; Taman Dato’ Tengku Paris di Raub; dan Pekan Kemayan di Bera.

- Awani 

SHOPEE 10.10

Shopee 10.10

Brands Festival

Midnight brand flash sale


header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->