About Me

header ads

6 Individu Termasuk Penghina Agama Islam Ditahan Kes Gaduh


PETALING JAYA - Enam individu terdiri daripada seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan selepas disyaki terlibat pergaduhan melibatkan sensitiviti agama di Sungai Way di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama kira-kira jam 2.30 petang.

"Penghantar makanan itu kemudiannya telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya kepada aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.


"Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan (rider) yang lain dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan tersebut yang terletak di kawasan Sungai Way di sini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun itu dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan (rider) tersebut.

"Pelanggan itu kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya.

"Polis kemudiannya memberkas pelanggan dan lima penghantar makanan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

Menurutnya, polis masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana telah menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang," katanya.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat serta tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->