About Me

852 dikompaun, 33 direman ingkar PKP - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Seramai 885 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah tersebut, seramai 852 individu dikompaun manakala 33 orang direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (178), tiada penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (144), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (101), membawa penumpang berlebihan (73), tidak patuh arahan PKP (79) dan lain-lain (165),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 86 operasi sanitasi awam dilaksanakan di seluruh negara pada Selasa meliputi 45 zon merah dan zon kuning (empat).

Katanya, operasi sanitasi itu melibatkan 500 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 186 pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Secara kumulatif, sebanyak 26,914 operasi sanitasi merangkumi 156 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020," katanya.

- Awani 

SHOPEE 10.10

Shopee 10.10

Brands Festival

Midnight brand flash sale


header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->