About Me

header ads

Ahli KWSP boleh keluarkan sehingga RM5,000


Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

"Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

"Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

- HMetro 
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->