Bantuan Tambahan, Tapi.... - Najib


Cantiknya poster kerajaan ini.

Tapi persoalan utama ialah adakah bantuan RM100 bagi bujang, RM300/RM500 bagi golongan B40 dan RM0.00 (sifar) untuk golongan M40 yang dibayar pada akhir bulan Jun selepas "Total" Lockdown selama 28 hari dijangka berakhir cukup untuk mereka menghadapi tempoh susah ini di mana ramai pekerja harian tak dapat kerja atau tak dapat gaji sebab perniagaan dilarang beroperasi? 

Tempoh 28 hari fasa ini belum ambil kira tempoh sebulan lagi dalam fasa 2 "Total" lockdown ataupun ambil kira bil elektrik yang melambung tinggi sebab disuruh duduk rumah 24 jam.

Saya juga perhatikan ramai peniaga kecil memberi komen bahawa bisness mereka sangat lembab walaupun diberi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh Lockdown ini.

Kredit - Najib Razak

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->