About Me

header ads

Bayi sembilan bulan kritikal didera pengasuh


SERDANG – Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dia disyaki didera oleh pengasuhnya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, suspek wanita memaklumkan bayi yang dalam jagaannya itu cedera akibat terjatuh daripada sofa.

“Suspek mendakwa telah mengejutkan bayi berkenaan untuk memberi susu sekitar pukul 11 malam, bagaimanapun mangsa kelihatan lemah dan terus membawanya ke hospital untuk rawatan.

“Seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang merawat mangsa pada Rabu lalu menyedari wujud unsur-unsur penderaan berdasarkan kesan kecederaan pada bahagian kepalanya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, jelas beliau, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang memberkas suspek keesokannya untuk membantu siasatan.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga esok bagi siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Suspek juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen (4) Petaling Jaya, hari ini. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->