About Me

header ads

Cara Mudah Qada Solat Fardhu


Sebagai seorang muslim, wajib untuk kita tahu bahawa apabila seseorang itu telah meninggalkan solat, wajib baginya untuk menggantikan atau qada solat fardhu itu dengan segera.

Kita juga dibenarkan untuk qada solat fardhu sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya. Nah, cuba kita renung, kita fikirkan sendiri, betapa pentingnya menggantikan solat di mata Allah SWT hinggakan kita boleh menggantikan solat yang tertinggal itu bila-bila waktu sahaja.

Macam mana pula kalau solat yang kita tertinggal tu dah berkurun lama? Macam mana pula kalau kita tidak ingat sudah tertinggal berapa kali?

Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang pernah meninggalkan solat bertahun-tahun yang lepas, ketika zaman remaja yang lalu mahupun ketika zaman kita lalai dahulu, makanya wajib menggantikannya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan kita.

Bagaimanakah caranya?

Setiap kali selesai solat fardhu, kita solat sekali lagi dengan niat solat qada pula bagi menggantikan solat yang tertinggal untuk waktu tersebut.

Contohnya, selesai solat fardhu Zohor, kita solat semula dengan niat qada solat fardhu zohor. Kita boleh lakukan solat qada ini sama ada menggantikan satu waktu sahaja atau pun dua waktu terus atau mengikut kemampuan kita sendiri.

Niat Qada Solat

Bagaimanakah niat untuk qada solat?

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu :

Kredit: Majalah Ilmu Network



header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->