About Me

header ads

Ebit Liew tak hilang


PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan beliau berjaya menghubungi pendakwah terkenal, Ebit Liew melalui aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.

Menurut Caprice, Ebit Liew yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin berada dalam keadaan baik.

“Ustaz Ebit Liew dalam keadaan baik. Yang kongsi (hantaran media sosial) ustaz hilang tu adalah berita palsu. Sentiasa doa untuk Ebit Liew. Sila beritahu kepada semua berhenti berkongsikan berita (palsu) itu,” katanya menerusi akaun Intagram @capriceofficial.

Beliau turut memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp beliau dengan Ebit Liew dengan Ebit Liew memaklumkan dalam keadaan baik dan mengharapkan doa semua.

Spekulasi Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke Palestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke hospital di Gaza. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->