Fasa Satu PKP penuh dikekalkan


PETALING JAYA – Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

“Justeru, peralihan daripada Fasa Satu ke Fasa Dua akan mengambil kira ketiga-tiga indikator itu sebelum ia diputuskan.

“Secara keseluruhan, PPN adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh Fasa Satu di seluruh negara seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum disahkan hari ini.

“Ia mengambil kira situasi semasa ketika ini yang masih belum berjaya untuk beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua apabila graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend mendatar,” katanya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->