About Me

header ads

Isteri pertama menangis melihat suami bersanding lagi


JAKARTA – Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang wanita sedang menangis semasa majlis persandi­ngan suaminya, lapor laman be­rita Suara.com semalam.

Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh seorang pengguna bernama @herikanatasya itu menunjukkan wanita tersebut menangis teresak-esak di sudut sebuah rumah.

Pada masa yang sama, sebilangan tetamu memenuhi rumah tersebut dan meraikan pasangan pengantin baharu.

Wanita yang didakwa isteri pertama itu beberapa kali dilihat mengusap air matanya dan cuba untuk menahan diri daripada menangis ketika melihat suami diraikan bersama madunya.

“Ketika isteri pertama seikhlas hati mengizinkan suami untuk berkahwin lagi,” tulis @herikanatasya pada hantaran tersebut.

Sementara itu, suami wanita berkenaan yang merupakan pe­ngantin lelaki, dilihat sibuk me­layan para tetamu bersama isteri baharu dan ibu bapanya.

Rakaman video tersebut menerima beribu-ribu komen daripada pengguna media sosial.

Rata-rata, mereka meluahkan perasaan simpati dan sedih terhadap nasib isteri pertama.

“Ya Tuhan, saya turut dapat merasa sakitnya hati wanita tersebut.

“Semoga dia diberi kekuatan,” tulis seorang netizen

Terbaharu, pemilik akaun @herikanatasya dilaporkan memohon maaf berhubung hantaran tersebut. Pemilik akaun itu berkata, klip video di muat naik sebagai gurauan sahaja dan dia tidak menyangka rakaman itu menjadi buah mulut netizen – AGENSI

- Kosmo

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->