About Me

header ads

Kini Giliran Ustaz Ebit Lew Pula Bantu Bapanya Yang Tiga Bulan Tak Mampu Berjalan


Nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sering menjadi sebutan di bibir masyarakat kerana sikap prihatinnya dalam membantu orang lain yang sedang berada dalam kesusahan. Namun kini giliran bapanya iaitu Ibrahim Lew pula untuk mendapatkan bantuan daripadanya selepas tiga bulan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Ebit Liew sememangnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat kita

Tidak putus asa menolong orang lain sehinggakan ramai yang terinspirasi dengan beliau. Ustaz Ebit Liew juga menunjukkan contoh yang baik apabila beliau bertanggungjawab menjaga dan menolong bapanya itu. Menerusi posting yang dikongsikan olehnya di laman Instagram dan Facebook, difahamkan bapanya kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

“Doakan ya. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya mer0sot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil je.” Tambah Ustaz Ebit menerusi posting tersebut, kekuatannya untuk berdakwah dan berjaya seperti sekarang merupakan hasil doa serta keberkatan daripada bapanya sendiri.

Beliau sangat berharap agar kesihatan bapanya itu akan bertambah baik dari masa ke masa. Kebanyakan pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bapanya itu untuk kembali seperti biasa.

Ustaz Ebit Lew Mohon Mendoakan Kesembuhan Ayahnya Yang Sedang TerIantar

Bergelar sebagai seorang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Terkini, Ebit Lew yang berada di luar negara dalam misi membantu rakyat paI.est1n membuat satu hantaran di facebook memohon agar rakayat malaysia mendoakan kesihatan ayahnya yang sedang sakit. Berikut adalah hantarannya:

Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oIeh abang saya. Pohon doakan Allah hiIaangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja disana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah..

InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya-ebitlew

Melihat di ruang komen, rata – rata mendoakan agar ayahnya diberikan kesembuhan:

Kami disini juga turut mendoakan kepada ayah ebit lew semoga cepat sembuh. Kepada semua warga pembaca marilah juga kita sama-sama mendoakan kesihatan kepada ayah ustaz. semoga diberi kesembuhan Aamiin.

Semoga bapa Ustaz Ebit dijauhkan daripada sebarang penyakit yang memudaratkan dan mudah-mudahan beliau diberikan kekuatan untuk sembuh. Amin.

C/p - belumbalik.com
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->