About Me

header ads

LAFAZ SYAHADAH DEPAN PENGAWAI, ANGGOTA TENTERA DARI SARAWAK PELUK ISLAM

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. 

Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. 

Hidayah Allah datang tanpa diduga, malah dalam pelbagai bentuk dan cara membuatkan seseorang insan terbuka hati untuk kembali kepada fitrahnya.

Terbaru, seorang pemuda yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Sarawak mengambil keputusan bagi mengucap dua kalimah syahadah.

Memilih nama Faez Hafizuddin Peter Abdullah sebagai nama Islamnya, proses tersebut disempurnakan oleh beberapa pegawai yang bertempat di Surau An-Nur, Kem Tebrau Johor Bahru pada Rabu lalu.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian Johor pula menguruskan prosedur pendaftaran pengislaman selain membantu serta membimbing pemuda berkenaan setelah bergelar saudara baru.

Posting dimuat naik di laman Facebook Perkim Bahagian Johor itu mendapat 274 perkongsian dan lebih 1,000 tanda suka serta komen netizen yang mengucapkan syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad.

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Apa pendapatan anda? 
Kongsi cerita ini kepada rakan jika anda suka. Terima kasih. 


header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->