Mustapa mohon maaf langgar SOP


Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli, semalam.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, Jeli semalam.

"Berikutan tersebarnya gambar kehadirannya di kafe itu, Ketua Polis Daerah Jeli menghubunginya tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka mengenai perkara ini," jelas kenyataan itu.


Katanya, Mustapa mengunjungi kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya biarpun PKP 3.0.

"Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->