About Me

header ads

Pakar cadang SOP ikut situasi negeri


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat semula prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sepatutnya dilaksana berdasarkan situasi kes COVID-19 di setiap negeri.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Azmawati Mohammed Nawi, berkata tidak adil untuk semua negeri mengikut SOP sama sedangkan hanya beberapa negeri menjadi menyumbang peningkatan kes.

Katanya, ketika ini banyak negeri sudah menunjukkan penurunan kes walaupun masih belum sampai ke tahap hijau lagi.

"Mungkin ini masanya untuk kerajaan melihat semula SOP yang dibuat dan mula membenarkan aktiviti yang boleh dan sesuai mengikut keadaan semasa.

"Rakyat sudah semakin penat dan tertekan dengan apa yang berlaku sekarang. Ini sekali gus boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka.

"SOP sekarang dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan kes, jadi saya berpendapat supaya kerajaan membuat SOP mengikut situasi kes di negeri atau mengambil contoh dibuat Sabah," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan, kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula hari ini.

Ia termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel, selain pembukaan kedai menjual sayur, ikan dan buah di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Selain itu turut dibenarkan adalah aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal.

Sementara itu, Dr Azmawati berkata, kerajaan juga perlu mengetatkan dan menyemak dari semasa ke semasa SOP bagi sektor perindustrian dalam usaha menurunkan jumlah kes COVID-19.

Beliau berkata, ketika ini sektor berkenaan menjadi penyumbang utama peningkatan kes terutama di Selangor.

Justeru katanya, SOP bagi industri perlu diberi perhatian kerana bimbang ada majikan yang gagal mengikut peraturan ditetapkan sekali gus usaha mengawal pandemik tidak berhasil.

"Untuk menjalankan pemeriksaan di setiap industri bagi memastikan majikan ikut SOP ketika ini sudah tentu sukar kerana berdepan pelbagai kekangan.

"Jadi majikan perlu memainkan peranan untuk ikut peraturan ditetapkan seperti meminta pekerja mengisytihar tahap kesihatan mereka setiap kali masuk kerja.

"Tetapi bagi majikan yang tidak ikut SOP, tiada siapa tahu dan ini yang membimbangkan kerana boleh menyebabkan kes terus meningkat," katanya.

Selain itu katanya, majikan pula perlu peka walaupun saringan yang dibuat menunjukkan pekerja tiada sebarang gejala, namun perlu melihat sejarah kenalan pekerja.

Katanya, pekerja yang mempunyai rakan yang positif kes, berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 juga.

"Ini yang majikan perlu peka ketika ini dalam usaha menurunkan jumlah kes terutama di sektor industri," katanya.

- Berita Harian 
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->