About Me

header ads

PERGINYA SI IBU DISAAT PDPR


Kisah tentang seorang murid Tahun 4 saya. Seorang murid yang baik dan sangat berpotensi, yang tak pernah tertinggal untuk menghantar segala tugasan yang diberi. Sepanjang PdPR ini, si ibulah yang akan menjadi orang tengah, mengambil gambar tugasan anak, menghantar pada saya, ucap terima kasih setiap kali saya respon pada tugasan si anak dan akan meminta maaf dahulu andai tugasan dihantar pada waktu malam. Seorang ibu yang sangat cakna dengan ilmu si anak. 

Sungguh, kematian itu pasti. Pada 15 Jun 2021, saya mendapat perkhabaran si ibu dijemput Ilahi saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak kelima. Syahidnya seorang ibu, dan anak lahir tanpa sempat menatap wajah ibunya. Perginya si ibu, meninggalkan anak-anak di rumah, yang setia menunggu si ibu untuk kembali bersama adik baru. 
Saat menerima berita ini, kami semua cikgu terkesima. Terpampang di mata masing-masing wajah kesemua anak-anak arwah yang sedang kami mengajar, yang sulung Tahun 4, Tahun 1 dan Prasekolah. Sugul. 

PdPR diteruskan, tugasan masih diberikan seperti biasa. Pada kami, tidak lagi kami harapkan anak-anak ini untuk menghantar tugasan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari perginya si ibu, tiba-tiba saya menerima mesej daripada nombor arwah, 

“Salam cikgu, saya … pakcik kepada (si anak). InsyaAllah, buat masa ini saya yang akan uruskan PdPR anak-anak arwah. Maaf atas kelewatan sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuklah anak yang baru lahir.”  

Allahu, air mata saya bergenang. Hati jadi bertambah sayu. Saat emosi si anak mungkin masih cuba menghadam kehilangan ibu, takkan sesekali dibiarkan larut dengan tidak menyiapkan amanah guru. Semua tugasan disiapkan dengan baik dan si pakcik tetap menghantar segala tugasan seperti mana yang dilakukan si ibu dahulu. 
Ketika itu, terasa mahu terbang merentas negeri, memeluk ibu sendiri. 

PdPR ini, setiap kita ada bahagian ujian kita. Akan tetapi, moga kita tidak lupa dengan mereka yang ujiannya mungkin melebihi kadar kudrat kita. Reach out to them, let them know that we care and they are loved. 

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? 😔
Moga si ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan saya mohon juga kita doakan moga si ayah dan anak-anak arwah terus kuat dan InsyaAllah, mereka bertemu semula di syurgaNya. Al Fatihah.

Kredit : Diana Suhaimi
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->