“Saya Dah Lama Maafkan Semua Yang Marah Saya..” Ismail Sabri


Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila secara spontan membalas komen seorang pengguna media sosial di laman Facebook rasmi miliknya.

Sebelum itu, pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa tampil memohon maaf selepas mengakui dia pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli parlimen Bera itu.

Menurut Eyra, dia simpati melihat bebanan dipikul naib presiden Umno itu yang dilihat sudah kepenatan namun tetap mengambil kisah dengan membaca pelbagai luahan rakyat.

“Kami cuma nak suara keramat kami didengarkan oleh kerajaan.. kami hanya luahkan segala benda masalah yang kami tak dapat terima oleh keputusan menteri..
Kami nak menteri semua faham akan kami semua.. kami semua terlalu penat..

“Tapi menteri yang lain seolah langsung tak ambil kisah apa keluhan dan luahan hati rakyat.. itu yang kami marah,” luah Eyra panjang lebar.

Menurut Ismail Sabri, dia memaafkan semua individu yang meluahkan rasa marah kepada beliau selain berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Malah dengan merendah diri, Ismail Sabri turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan mengakui beliau juga manusia biasa yang membuat kesilapan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Saya tau sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah..

“Saya pun mohon maaf .. terima kasih kerana memahami.. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” balasnya.

Terdahulu, ahli politik berusia 61 tahun itu memuat naik sekeping foto beliau menutup pintu pejabatnya dengan kapsyen yang mengundang persoalan dan spekulasi warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:motifviral

C/p - KLMENJERIT

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->