"Saya tak mau ambik duit kalau tak keja, nanti orang mengata saya"


Semalam lalu dekat tong sampah Taman Suria, Jitra, Kedah. Ternampak abang dan anak dia tengah cari kotak untuk dijual. Aku duduk tepi tong sampah pun rasa kuat bau busuk tong sampah. Ni depa dok tepi cari kotak2 yang barangkali boleh jual.

Saya berenti tanya, dah makan ka abg? Dia jawab dah makan, cari kotak nak jual esok.

Saya tanya anak berapa orang, dia jawab lima. Saya hulurkan duit, dia jawab tak nak.

Saya cakap, kalau abang tak nak, abang ambik duit ni untuk anak abang. Beli makan untuk malam ni dan seterusnya. Mungkin malam ni kedai dah tutup, beli esok barang keperluan apa tak cukup kat rumah.

Anak dia ambik duit. Saya tengok wajah dia nampak bergenang air mata. Dia kata “moga Allah murahkan rezeki adik”. Saya tak mau ambik duit kalau tak keja, nanti orang mengata saya. Saya kata tak apa abang, ambik ja untuk anak abang.

Jam 8 malam depa cari kotak lagi nak jual. Allah. Sebak rasanya. Masa ni jalan pun sunyi dah sebab orang tak keluar dah.

Mungkin depa berlapar tak makan lagi. Sapa tahu. Kita mungkin kenyang. Tapi PKP Kita kena ingat ada insan kias pagi makan pagi, kias petang makan petang. Memang ada yang susah dan gaji hari ja.Ya Allah, murahkan rezeki aku untuk bantu mereka yang susah…..

Kredit : Firdaus Legacy

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->