"Saya Terjebak Dengan Dadah Sejak Sekolah, Semua Jenis Saya Dah Cuba"


Umum mengetahui, penyanyi popular Zamani sudah bertahun menderita sakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai Skoliosis.

Menerusi satu rancangan temu bual, Rumah No.107 Zamani mendedahkan sudah terjebak dengan dadah sejak sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah.

“Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah,” katanya.

Menurut Zamani, jika dapat diundurkan masa kembali dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga sedangkan dia telah di didik dengan baik.

“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.

“Saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni. Mereka dah didik saya dengan baik tapi saya yang tersasar,” katanya.

Pada Mac lalu, Zamani berkata dia terpaksa menghentikan rawatan kerana masalah kewangan serta lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.

C/p rotikaya.com

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->