About Me

'Saya tetap akan bantu Pengasih' - Jamal


Kuala Lumpur: Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mengakui sentiasa terkenang zaman lalu, terutama ketika menjalani ibadah puasa di Rumah Pengasih.

Jamal berkata, semua kenangan itu sukar dilupakan kerana ia membentuk dirinya seperti mana hari ini.

Menurutnya, dia masih ingat bagaimana penghuni di situ berbuka puasa bersama dan tidak dibenarkan menghisap rokok sewaktu berbuka.

"Pengasih adalah seperti rumah kedua saya. Saya pernah di sini lima tahun ketika rumah saya masih belum siap.

"Saya duduk di sini dan bekerja di luar, sudah tentu banyak kenangan di sini apatah lagi Pengasih akan berpindah ke tempat baharu selepas ini," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Jamal berkata, sebagai individu yang pernah berada di Pengasih, dia berasa kecewa apabila pusat itu akan berpindah ke tempat baharu.

Namun, katanya, dia akan terus membantu persatuan itu memulihkan seramai mungkin mereka yang berdepan dengan ketagihan dadah.

Katanya, sebelum ini dia juga terbabit dalam mencari dana untuk menampung kos membina pusat pemulihan baharu di Kampung Cinta Manis Bentong, Pahang.

"Saya yakin, Pengasih akan meneruskan fungsi sama seperti di sini. Saya harapkan agar Pengasih terus berjaya," katanya.

Sementara itu, Presiden Pengasih Ramli Abdul Samad berkata, pihaknya mengharap bantuan daripada pihak luar serta agensi kerajaan untuk menampung kos operasi di rumah terbabit.

Katanya, ketika ini Pengasih mempunyai 60 orang penghuni, dan jumlah berkenaan jauh berbeza jika dibandingkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Buat masa ini, lokasi baharu Pengasih di Bentong juga masih belum siap sepenuhnya.

"Kita jangka akan berpindah hujung tahun jika semuanya selesai, doakan semuanya lancar," katanya.

- HMetro 

SHOPEE 10.10

Shopee 10.10

Brands Festival

Midnight brand flash sale


header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->