About Me

header ads

Selepas Ebit Lew, Caprice pula terbang ke Palestin


PETALING JAYA – Biarpun mendapat kebenaran saat akhir dan terpaksa terbang sendirian, hasrat penyanyi rap Caprice untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin akhirnya tertunai.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, berkongsi perkara tersebut menerusi satu video dalam laman Instagramnya, semalam.

Segak berpakaian formal sebelum berlepas ke negara bergolak tersebut, pelantun lagu Korang Tak Boleh Blah itu turut memohon urusannya di Gaza dipermudahkan.

“Tolong doa untuk saya Malaysia. Last minit Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza.

“Cuma kena terbang seorang diri malam ini (malam tadi). Maafkan segala kesilapan dan halalkan makan serta minum saya. Insya-Allah, saya akan buatkan anda semua berbangga. Demi ummah, rakyat dan negara.”

Untuk rekod, Caprice merupakan antara selebriti tempatan yang begitu lantang dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Pernah sekali sekitar bulan lalu, Caprice berdebat dengan seorang wanita Israel yang juga tentara Israel Defense Forces (IDF). Wanita berkenaan ‘bermati-matian’ tidak setuju dengan pendapat majoriti atau global bahawa Israel adalah punca sebenar perang atau ketidaktenteraman melibatkan Palestin dan negaranya.

Terdahulu, aktivis kemanusiaan dan juga pendakwah bebas Ebit Lew telah berlepas ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan Israel sejak sebulan lalu. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->