About Me

header ads

Tarantula Jewel Dari Brazil Yang Cantik


Tarantula Jewel Brazil atau Candy Shop Spider atau dipanggil Jeweled Pink Toe dengan nama saintifiknya Typhochlaena seladonia.

Tarantula dari spesies aviculariine tarantula dan dari jenis spesies genus Typhochlaena.

Tarantula ini boleh ditemui di hutan hujan di Bahia dan Sergipe, Brazil. Mereka melepak di pokok dan membina ‘trapdoors’ di kulit kayu.

Kemudian bersembunyi di belakang trapdoor menunggu mangsa dan akan melompat serta menangkap mangsanya lalu membunuhnya.

Tarantula ni dianggap antara tercantik di dunia.

Tarantula ini mempunyai rangkaian warna yang paling komprehensif berbanding tarantula lain dari warna biru, kuning, hijau, merah dan pink.

Saiz tubuh jantan 3 ke 4cm, betina 4 ke 6cm.

Jangka hayat tarantula jantan sekitar 4 tahun, namun yang betina boleh hidup tiga kali lebih lama dari jantan iaitu dari 10 hingga 15 tahun.

Sumber: FB Iman Khalisa
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->