About Me

header ads

Tetap setia tunggu bapa terjaga dari ‘tidur’


KOTA BHARU: Lima beradik tetap setia menunggu bapa mereka yang disahkan positif Covid-19 untuk sembuh seperti sedia kala dan pulang ke rumah secepat mungkin.

Mereka sudah puas berendam air mata selepas bapa, Roslan Abdul Aziz, 45, ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak lebih sebulan lalu.

Anak sulung, Muhammad Alif ,15, berkata, sebelum ini, enam ahli keluarga termasuk dirinya positif Covid-19 sebelum mereka ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Panji serta PKRC Putik, Pengkalan Chepa di sini.

Katanya, selepas seminggu, mereka berenam dibenarkan pulang untuk menjalani baki tempoh kuarantin di rumah di Kampung Baru, Bachok.

“Bagaimanapun, ayah tidak dibenarkan keluar kerana berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di HRPZ II. Kali terakhir kami bertemu pada 18 Mei lalu menerusi panggilan video.

“Ketika itu, ayah berpesan agar menjaga empat lagi adik-adik. Ayah kini dalam keadaan separuh sedar, namun dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah ibu saudaranya di Kampung Cherang di sini hari ini.

Menurut Muhammad Alif, ibunya, Suhaila Zainuddin, 43, sering berulang-alik ke HRPZ II untuk memantau keadaan bapa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari luar wad.

“Ibu merupakan suri rumah sepenuh masa dan ketika ini menyebabkan keluarga kami tiada sebarang punca pendapatan.

“Mujur segala urusan makan minum kami lima beradik diuruskan ibu saudara, Nur Suhada, 31, iaitu adik kandung bapa sejak seminggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Nur Suhada berkata, dia berusaha menjaga kelima-lima anak saudaranya yang kini ditimpa musibah yang paling besar dalam keluarga mereka.

“Keluarga kami sendiri berdepan kewangan selepas suami, Shamsul Ridzuan Mohamad, 38, tidak dapat keluar bekerja sebagai pemandu lori sejak total lockdown,” katanya.

Orang ramai bersimpati dengan nasib lima beradik ini dan mahu menghulurkan bantuan, boleh menghubungi ibu mereka Suhaila di talian 017-939 1709.

- Utusan 
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->