About Me

header ads

11 keluarga di Kota Kuala Muda kibar bendera putih


SUNGAI PETANI – Sebanyak 11 buah keluarga di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda dekat sini mengibarkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing kerana terputus bekalan makanan.

Wakil penduduk, Nor Hanani Hasan, 28, berkata, bendera putih itu dikibarkan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas dia memaklumkan mengenai kempen bendera putih kepada jiran yang dalam kesusahan.

Katanya, kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada warga emas dan keluarga nelayan yang kurang terdedah dengan maklumat di media sosial.

“Mereka tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan meskipun kehilangan sumber pendapatan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Selepas saya maklumkan tentang kempen bendera putih itu, mereka mula memasang bendera putih di hadapan rumah masing-masing dengan harapan akan ada bantuan sampai,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Nasib 11 keluarga itu mendapat perhatian Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani yang datang ke rumah mereka untuk memberi sumbangan berbentuk barangan dapur. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->