About Me

header ads

2,461 kes dera kanak-kanak dalam lima bulan


REMBAU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 2,461 kes penderaan terhadap kanak-kanak dalam tempoh lima bulan sejak Januari hingga Mei lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, rekod itu diperoleh daripada Talian Kasih dengan kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penderaan dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

“Laporan yang diterima akan disiasat dan sekiranya mempunyai bukti, kes akan dirujuk kepada polis.
“Kebanyakan kes (penderaan) yang kita terima adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri dan bukannya orang luar,” katanya ketika Lawatan Ihsannya kepada anak-anak Bekas Penguni Rumah Bonda di Rumah Kanak-kanak Rembau, di sini, tadi.

Rina meminta orang ramai segera membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis ataupun Talian Kasih 15999 dan talian whatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sekiranya mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes penderaan atau eksploitasi kanak-kanak. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->