About Me

30 warga asing, seorang wanita tempatan ditahan sambut raya


Gombak: Tindakan 30 individu warga asing dan seorang wanita tempatan mengadakan jamuan Aidiladha di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Batu Caves, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menerima maklumat daripada orang awam mengatakan ada pihak mengadakan jamuan itu pada 10 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Team Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati seramai 31 orang di dalam rumah mengadakan jamuan makan sempena Aidiladha.


"Mereka terdiri 29 lelaki dan seorang wanita warga asing serta wanita tempatan, semua berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun," katanya dalam kenyataan malam ini.

Zainal berkata, daripada 30 warga asing ini seramai empat orang mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh.

"Seramai 20 orang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka didapati melakukan kesalahan gagal mematuhi SOP dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS yang tamat tempoh, dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebak ke jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

"Kes turut disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (PPN) 2021, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Kesemua tangkapan warga asing itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok bagi permohonan tahanan reman," katanya.

Katanya, wanita tempatan yang turut berada di rumah itu dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (PPN) 2021.

Sumber - HMetro

SHOPEE 10.10

Shopee 10.10

Brands Festival

Midnight brand flash sale


header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->