About Me

Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof bantu bayar kompaun lelaki ziarah kubur


Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan diri bagi membantu seorang lelaki yang dikenakan kompaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha di Jempol, semalam. 

Saya nak tolong bayarkan kompaun

Menerusi laman Facebook, bekas pemain berusia 31 tahun itu memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut sebelum berjaya ‘menjejakinya’ beberapa jam selepas itu.

Menurut Azmeer, dia sudah menghubungi lelaki berusia 21 tahun terbabit sekali gus memberitahu hasrat murninya itu dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya.
“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook bernama Syafiz Huzairi yang mengaku abang kepada lelaki itu berkongsi tangkap layar berita mengenai kompaun berkenaan.

Menulis dengan loghat ‘Nogori Sombilan’, Syafiz berkata adiknya itu melakukan ziarah ke kubur yang tidak jauh dari rumahnya selain bersyukur kerana ramai insan prihatin yang ingin membantu.

“Kesian adik den sorang nie kono kompaun.. ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo.. pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh..
“Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun.. sejengkal yo umah ehh dari kubur.. haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun.. alhamdulillah ramai yang nak tolong,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ada mengemukakan sebarang rayuan pengurangan jumlah kompaun di pejabat kesihatan itu atau membayar jumlah yang telah ditetapkan.

Terdahulu, memetik laporan BH Online, lelaki itu datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan tersebut sebelum ditahan oleh pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

Sumber: Facebook Azmeer Yusof & Syafiz Huzairi , BH Online (Abnor Hamizam Abd Manap)

C/p - ohmymedia.cc

SHOPEE 10.10

Shopee 10.10

Brands Festival

Midnight brand flash sale


header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->