About Me

header ads

Bunuh dan tanam mayat rakan


Memetik laporan Kosmo, perbuatan kejam itu hanya terbongkar selepas majikan mangsa mengesyaki sesuatu berlaku disebabkan sudah lama tidak melihat pekerjanya itu di tempat kerja. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, individu tersebut kemudian pergi ke kawasan pembinaan dan ketika itu dia melihat suspek cuba melarikan diri.

Apabila dia pergi ke tempat kerja mangsa di lokasi pembinaan, suspek cuba melarikan diri dan berjaya ditangkap sebelum di bawa ke balai polis.

Berdasarkan soal siasat, suspek berusia 29 tahun mendedahkan telah membunuh mangsa dan menunjukkan di mana mayat ditanam iaitu di tempat tinggal mereka di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan.

Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga membuatkan suspek kemudian bertindak agresif dengan memukul kepala mangsa dengan kayu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->