Hanya doa, air mata iringi jenazah ibu


Bentong: Bukan hanya keluarga, bahkan video tular menunjukkan sekeluarga yang hanya dapat melihat van jenazah diiringi polis melalui hadapan rumah mereka di Janda Baik, di sini turut mengundang sebak sesiapapun yang menontonnya.

Video berdurasi lebih seminit itu tular di media sosial sejak kelmarin, difahamkan membawa jenazah warga emas yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) pada 2 Julai lalu.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan nama Norasma Tahir, jenazah adalah ibunya dengan mereka sempat melakukan panggilan video terakhir pada 9.30 pagi, 2 Julai sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 10.29 pagi, pada usia 86 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pasukan peronda (MPV) diketuai Asisten Superintendan Mohd Mustafa bersama dua anggota mengiringi petugas hospital yang membawa jenazah mangsa untuk dikebumikan.

"Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Covid-19 yang ketat, kenderaan tidak dibenarkan singgah di rumah dan jenazah perlu terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Janda Baik.

"Bagaimanapun, atas dasar prihatin, anggota MPV yang mengiringi jenazah telah memperlahankan kenderaan ketika melalui rumah mangsa dan memberi peluang waris untuk memberi penghormatan dan berdoa buat arwah, secara melihat dari tepi jalan," katanya dalam kenyataan.

Zaiham memuji tindakan anak buahnya atas keprihatinan itu dengan Mohd turut memohon maaf kepada waris mangsa kerana tidak dapat melihat jenazah dan meminta mereka supaya sabar dan reda.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->