About Me

“Kami tak tahu apa2.” -Wakil Dr Fadzilah Kamsah nafi jalin kerjasama dengan Ebit Lew


Isu kontroversi melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sejak beberapa minggu lepas dilihat masih belum ada surutnya apabila ada sahaja ceritanya yang menjadi sensasi tanpa diketahui kebenaran yang sebenar.

Namun, dalam sidan media yang dilakukan oleh pendakwah tersebut bagi menjelaskan mengenai kontroversi misi kemanusiaan di Gaza, beliau ada menyebut pernah bekerja dibawah pakar motivasi terkenal Tanah Air, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Nafi jalin kerjasama

Kerjasama yang diperkatakan itu merupakan antara salah satu hasil kewangan yang digunakan untuk program-program bantuan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, CEO kepada DMFK Inspiration Sdn, Bhd, Mohd Shaifful Bahri Bin Othman telah tampil menjelaskan mengenai hal tersebut.

Menerusi video berdurasi 3 minit empat lima saat itu, beliau ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa mereka warga kerja dari DISB tidak pernah terlibat dengan sebarang kerja yang dilakukan oleh Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Menurut Shaifful lagi, memang benar, Ebit Lew merupakan rakan sepejabatnya satu ketika dahulu iaitu kira-kira 11 hingga ke 12 tahun yang lepas. Namun kini, mereka sudah lama tidak melakukan program bersama.

Memang benar saudara Ebit Lew ini memang rakan sepejabat kami dahulu. Mungkin 11 atau 12 tahun yang lepas. Kami memang dah lama tidak mengadakan program bersama-sama.”
Kami juga ingin memaklumkan kepada masyarakat yang berada di luar sana, sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan pertubuhan atau individu muaalaf dan sebagainya, kami mohon ampun sepuluh jari. Kami rasa yang terbaik kalian bertanya kepada tuan punya badan. Kami tidak mengetahui apa-apapun,” katanya.

Mohon tanya Ebit Lew sendiri

Diakhir video tersebut, CEO kepada DISB juga berharap agar orang ramai berhenti bertanya mengenai pertubuhan tersebut dan juga individu yang dimaksudkan kepada pihak DISB kerana mereka tiada kena mengena dengan pendakwah itu.

Pihak DISB juga memohon agar apa yang dijelaskan oleh mereka menerusi video ini dapat menerangkan semuanya dan meminta mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia itu terus bertanya langsung kepada tuan empunya ataupun mencarinya di carian Google.

Sumber: FB Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

C/p - ohmymedia.cc
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->