About Me

Pembekal sate dituduh rogol anak saudara


ALOR GAJAH – Seorang pembekal sate dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini atas 25 pertuduhan merogol anak saudara perempuannya sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 39 tahun dan telah berkahwin bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Afizi Othman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan ke atas seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan kira-kira pukul 5 pagi di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru dalam daerah Alor Gajah, pada 16 Oktober 2018.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan dua hingga 25, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama di alamat sama dan kesemua tindakan itu dilakukan tertuduh pada 2018 sehingga 31 Oktober 2020.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->