About Me

header ads

Penduduk tangkap 'Spiderman' panjat tingkat 19 pangsapuri


Johor Bahru: Tindakan berani mati seorang lelaki memanjat hingga ke tingkat 19 untuk memecah masuk kediaman di sebuah pangsapuri di Jalan Tahana, Tampoi di sini semalam, tidak berbaloi apabila dia ditangkap penduduk.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan oleh orang awam kira-kira jam 5.40 petang.

Katanya, siasatan mendapati suspek warga tempatan itu adalah orang yang dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan mempunyai 18 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik.

"Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine.

"Susulan tangkapan itu polis turut turut merampas satu paket plastik mengandungi hablur kristal disyaki syabu seberat 4.30 gram, sebuah kereta Toyota Vios, lima alat kawalan jauh kereta, dua kamera, tujuh jam tangan dan sebilah parang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 52 saat memaparkan seorang lelaki memanjat tingkat 19 pangsapuri terbabit untuk memecah masuk sebuah kediaman.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 4.26 petang semalam.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki berada di beranda rumah pangsapuri tingkat 19 dipercayai cuba untuk memecah masuk.

Lelaki itu berjaya ditangkap oleh orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

- HMetro 
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->