About Me

“Pergi minta maaf dekat pakcik tu atau bersemuka dengan saya” – Yusuf Azmi


Tindakan keterlaluan seorang usahawan menegur warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur secara terbuka telah mengundang rasa marah orang ramai. Dalam video tular di laman sosial, usahawan tersebut dipercayai turut mempersoal kisah lampau warga emas yang dikatakan kurang berusaha.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi, menerusi hantaran terbaru di Instagram menyelar perbuatan biadab usahawan itu meninggikan suara pada warga emas dengan niat mahu memberi motivasi.

Katanya, usahawan itu tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan penyesalan yang dilalui penghuni di pusat terbabit.

Turun Tempat Gelandangan, Bajet Bagus Bagi Motivasi??

Awak Siapa?? Ini terjadi bila rasa diri tu hebat sangat! Hilang hormat.
Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi MOTIVASI? Eh awak turun ke Pusat Gelandangan, kemudian nak perlekeh-lekehkan mereka? Siapa awak nak mempersoalkan penyesalan hidup Pakcik ini?
Awak tak tahu, susah senang kehidupan dia sepanjang 64 tahun.
Hari ini Allah hantar Semboyan untuk nasihatkan awak.. Carl Samsudin, tolonglah jangan BONGKAK!
Ingat ye, Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa saja..
Tempat tersebut kami pernah turun untuk beri bantuan.. Dan awak tak ada hak nak cakap macam itu pada Pakcik ini ?
Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi, pergi baca dulu buku adab..
Berjaya macam mana pun, adab kena jaga. Tegur jangan sampai MENGHINA!
Di antara awak pergi minta maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!

Yusuf Azmi yang pernah turun padang menghulurkan bantuan di pusat itu memohon usahawan berkenaan menjaga adab dalam menegur. Ujarnya, apa yang dilakukan sebenarnya telah menjatuhkan imej seorang muslim.

Selain Yusuf Azmi, Pencetus Ummah Syed turut menasihati usahawan terbabit supaya tampil memohon maaf kepada warga emas berkenaan. Katanya, Allah SWT melarang umatnya bersedekah dalam masa yang sama mengherdik dan mencela penerima bantuan.

Dalam memberi nasihat, adalah lebih baik jika ia disampaikan pada waktu yang sesuai berdasarkan keadaan dan tempat tersebut. Janganlah pula dilakukan secara terang-terangan sehingga memalukan orang lain.

Kredit: Yusuf Azmi, PU Syed

C/p - viralkini.allnws.com

header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->