About Me

header ads

Program MyKasih, RM100 sebulan untuk 3 bulan


Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah memperkenalkan satu lagi projek perintis bantuan iaitu Program PRIHATIN Kasih. Melalui program ini, pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tanpa tunai kepada seramai 300,000 penerima yang terdiri daripada isi rumah miskin bandar. Pemberian bantuan tanpa tunai ini berkadar RM 100 dan akan diberikan selama tiga bulan. Ianya akan diberikan melalui MyKad yang berdaftar sebagai penerima bantuan.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 100 juta bagi melaksanakan program ini. Setiap penerima boleh mendapatkan barang keperluan harian yang terdiri daripada beras, makanan dalam tin, minyak masak, tepung, telur, gula serta pelbagai barangan lain di outlet terpilih. Senarai outlet yang tersenarai adalah terdiri daripada Lotus Stores (Tesco), 99 Speedmart, Giant, Econsave, Mydin, The Store, Milimewa dan kedai runcit terpilih sahaja. 

Pada peringkat permulaan (Fasa Pertama), Program PRIHATIN Kasih ini telah dimulakan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur pada awal Julai yang lalu berikutan kedua negeri tersebut merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Program ini akan berterusan sehingga September, kemudian ianya akan diperluaskan ke beberapa buah negeri lain pula dalam Fasa Kedua yang akan bermula dari bulan Ogos hingga Oktober. Antara negeri yang terlibat dalam Fasa Kedua adalah Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu. Fasa Ketiga pula akan membabitkan beberapa buah negeri lagi yang terdiri daripada Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Labuan, Sabah dan juga Sarawak. Pada fasa ini, program akan dimulakan pada bulan September hingga November atau mulai Oktober hingga Disember 2021 dan ianya tertakluk kepada sebarang perubahan terkini yang akan dimaklumkan.

Bayaran MyKasih

Bayaran akan dibuat terus kepada MyKad untuk 3 bulan. Julai 2021, Ogos 2021 dan September 2021,

Kelayakan

Kelayakan adalah secara automatik berdasarkan maklumat dari agensi kerajaan yang terlibat.

▪️Berdasarkan pangkalan data dari eKasih , BPR dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Semakan

▪️Semakan boleh dibuat di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

Cara guna bantuan MyKasih

Bantuan akan disalurkan terus ke MyKad mereka yang layak .Mereka boleh mengunakan MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di pasaraya senarai MyKasih.

Setiap data akan disemak secara semakan silang melalui pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih bagi memastikan penerima merupakan golongan miskin bandar. Satu mesej akan dihantar melalui SMS sebagai pengesahan kepada penerima bantuan beserta maklumat yang terdiri dari tarikh dan masa untuk sesi taklimat di kedai berdekatan. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Program PRIHATIN Kasih di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Sumber - bantuansarahiduprakyat.com
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->