About Me

header ads

'Tunggu saya dedahkan...'


Kuala Lumpur: "Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya."

Demikian tulis penyanyi rap, Caprice di Instagram Storynya meluahkan perasaan apabila ramai netizen yang mula berpihak kepada Ebit berikutan isu perselisihan antara Caprice dengan pasukan pendakwah itu.

Dalam hantaran itu juga, Caprice terbuka untuk berkongsi maklumat mengenai perkara baik dan kurang baik membabitkan pasukan Ebit ketika rombongan berkenaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

"Di Gaza, dia hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Tapi, kalau kalian menyebut-nyebut nama itu sebab nak bakar lagi, saya sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah, betul-betul faham dan sedar, ada benda baik yang pasukan UEL buat.

"Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab takut dengan maklum balas netizen begini," tulisnya.

Tambahnya, nama Ebit itu begitu 'mahal' sehinggakan ramai yang membela nasibnya.

"Tolong jangan paksa saya. Masalah ini lebih besar dari UEL, tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik saja semua nak bela sebab dia seorang ustaz dan buat banyak benda baik.

"Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat," tulisnya.

Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.

"Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.

"Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah.

"Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam," tulisnya.

- HMetro 
header ads
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->