About Me

Budak 9 tahun gigih cuci masjid terjejas banjir


PETALING JAYA – Kegigihan dua kanak-kanak yang turut serta mencurah keringat membantu membersihkan lumpur tebal yang memenuhi sebuah kawasan masjid di Yan, Kedah baru-baru mendapat pujian ramai.

Pemilik akaun Facebook bernama Haji Yunus Kphajiyusoff berkongsi beberapa keping gambar kanak-kanak berkenaan selain suasana sekitar kawasan yang terjejas banjir berikutan tragedi kepala air Rabu lalu.

“Perwira yang tidak didendang. Kanak-kanak ini datang bersihkan masjid. Riak muka yang ikhlas. Tanpa mengharap balasan apa-apa. Hebat tarbiyah keluarga ini,” tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut.

Perkongsian itu mendapat lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi lebih 2,000 kali dengan rata-rata netizen bersimpati dengan musibah yang menimpa penduduk setempat dan berharap urusan mereka dipermudahkah.

“Baru pi (pergi) tadi. Adik-adik ini kira rajin. Bukan Senang nak alih lumpur tebal dan banyak. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mohamad Salman.

“Anak Kedah bermain lumpur itu biasa tahniah kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan cara yang betul insya-Allah akan menjadi anak soleh,” ulas Apian Gerek.

“Saya baru tegur budak-budak ini di masjid. Baru berumur 9 tahun sudah rajin menolong,” puji Nur Alia.

“Seronok tengok adik-adik ini. Sambil buat amal sambil juga dapat main selut dengan kawan-kawan,” kata Mohd Zubir. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->