About Me

”Bunyi Orang Heret Kayu Di Gril Tingkap..” Hari Pertama ‘Sambut Menantu’ Diganggu Kejadian Aneh


Biasanya ketika di awal perkahwinan, pengantin baharu akan ‘diserikan’ dengan keindahan malam pertama. Namun berbeza situasinya seperti cerita ini, menurut adat, menantu (pasangan) perlu dihantar ke rumah mertua terlebih dahulu.

Tetapi, lain pula jadinya apabila kehadiran keluarga mertua ke rumah besan ketika adat ‘hantar menantu’ disertai dengan gangguan aneh. Walaupun sekadar bunyi, sudah cukup menyeramkan suasana!

Hantar menantu

Ikut adat belah Kelantan, lepas nikah tak boleh bawa bini terus, kena hantar menantu dulu. Jadi saya ikutkan sajalah.

Dari Gomuse (Gua Musang) naik ke Cameron Highland, tembus le ke Tapah, teruslah ke kampung saya. Jadi keluarga mertua saya ni kira jadi tetamu atau orang baru di kampung saya. Takda majlis-majlis pun, cuma santai-santai antara dua keluarga.

Malam tu, keluarga mertua tidur la di ruang tamu dan adik ipar hat laki sorang ni tidur di bilik ketiga, bilik yang jarang digunakan. Guna pun bila adik-beradik saya balik kampung je.

Dipendekkan cerita, malam tu terjadinya dua kejadian mistik yang tak berapa teruk. Salam perkenalan katakan.

Katil yang adik ipar gunakan digoncang dengan kuat sehingga adik ipar terjaga dari tidur. Dengan muka terpinga-pinga, dia bangun dan berpindah tidur di ruang tamu bersama mak dan ayahnya. 

Baru hendak melelapkan mata, diganggu pula dengan bunyi ketukan gril tingkap di ruang tamu. Bunyi seperti orang heret kayu di gril tingkap, dari bahagian hujung ke hujung tingkap dan mengejutkan kedua orang tua mertua saya. Cuma mereka buat tak tahu saja dan melelapkan mata tanpa hiraukan bunyi gangguan tu.

Ikut sejarah belah gril tingkap tu, sebelahnya dusun durian dan semak-samun. Kakak saya pernah terlihat bayangan lembaga dari tingkap tu. Adik saya pula pernah diganggu ketika dia tinggal berseorangan (semasa) kedua orang tua saya menginap di rumah pakcik saya di Ipoh.

Malam kejadian tu, adik cuma tidur di ruang tamu sambil menonton TV. Kemudian terdengar bunyi kucing mengiau.

“Ngiaauu..”

“Ngiaauu….”

Adik abaikan jelah bunyi tersebut, sebab di kampung memang rajin bela kucing buangan orang. Leka adik menonton TV, baru dia terfikir yang kucing tak pernah lepak belah dusun pada waktu malam. 

Biasanya diorang lepak di ruang berandar menghadap sawah padi. Lepas adik terfikir pasal kucing, secara tiba-tiba bunyi kucing tu bertukar menjadi bunyi bayi menangis kuat.

“Nguekk…”

“Ngueekkkk!”

Dalam berani adik, ada juga gerunnya. Jadi, diselubunglah seluruh badan dengan selimut sambil tekup telinga dengan bantal..

Sumber: Firdaus Afandi melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia

C/p - siakapkeli.my
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->