About Me

“Dua tahun awak tunggu sayang” – Suami meninggal dunia sehari lepas dapat tahu bakal jadi ayah


Di Facebook, viral kisah meruntun hati di mana suami yang merupakan petugas di Klinik Pergigian Air Putih, Kemaman, Terengganu maut kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja. Difahamkan, sehari sebelum kejadian, arwah mendapat berita gembira bakal menjadi bapa selepas dua tahun menanti kehadiran zuriat.

Sebelum ini, arwah Wan Muhamad Hasruldin dan isteri, Shaa Ibrahim tinggal berasingan di atas tuntutan kerja dan baru sahaja tinggal sebumbung dalam tempoh dua bulan. Setiap hari, arwah akan berulang alik menaiki motor dari Kuantan ke tempat kerja di Kemaman.

Menurut kakak arwah, adiknya sanggup berkorban apa sahaja dan membatalkan perjanjian pinjaman kereta selepas mendapat tahu isterinya hamil. Arwah gembira tidak terkata dan rela berulang alik menaiki motor sahaja.

Rakan-rakan yang turut bersedih dengan kehilangan arwah menyifatkan arwah seorang yang sangat baik. Arwah tidak pernah marah dan menyusahkan sesiapa. Menurut isteri, arwah suami pergi dalam keadaan tersenyum.

Di TikTok, perkongsian sedih seorang rakan turut menerima perhatian orang ramai. Sehingga kini, video tersebut mendapat sehingga 70k tontonan dan 200 komen. Orang ramai merakamkan ucapan takziah dan berdoa semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: Facebook Shaa Ibrahim , TikTok Bebop137

C/p - tempoyak.net
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->