About Me

Gangguan seksual: Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman


PETALING JAYA: Seorang pendakwah terkenal dipercayai dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber berkata, pihak polis telah memanggil pendakwah itu untuk merakam percakapan esok.

“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->