About Me

Ketam nipah disangka ular


Alor Setar: Ketam nipah. Itu yang ditemukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Alor Janggus, di sini, pagi tadi.

Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pada jam 10.02 pagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas ancaman ular di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sepasukan anggota dengan sebuah jentera diketuai Zulkifle Mat Esa tiba di lokasi jam 10.18 pagi.

"Setibanya di lokasi, anggota kami melakukan pemantauan serta pencarian di kawasan yang dilaporkan iaitu di dapur.

"Ketika itu terdapat benda bergerak di bahagian rak pinggan mangkuk," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Naufal berkata, namun hasil pencarian yang dilakukan mendapati ia hanyalah seekor ketam nipah yang terlepas.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 10.29 pagi.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->