About Me

Lelaki ditemui mati lebih empat hari dalam rumah


KAJANG – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai lebih empat hari di ruang tamu sebuah rumah yang berkunci di Pangsapuri City Height Jalan Sungai Chua, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebuah kerusi kira-kira pukul 9.24 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan untuk bantuan khidmat membuka pintu berkunci di kediaman berkenaan pada pukul 9.19 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang diketuai Komander Operasi, Mohd. Jaslizad Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di tempat kejadian, petugas melakukan operasi membuka pintu rumah yang didapati berkunci daripada dalam.

“Sebaik pintu dibuka, petugas menemui seorang lelaki berusia 41 tahun di atas kerusi di bahagian ruang tamu,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dipercayai lebih empat hari.

Jelas beliau, pihak bomba menyerahkan jenazah kepada polis dan KKM untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi pemeriksaan dan siasatan lanjut. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->