About Me

Lelaki pakai gelang pink beli sayur dikompaun RM5,000


TUMPAT- Seorang buruh yang merupakan penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Berlian di sini dikompaun RM5,000 selepas didapati memakai gelang pink ketika berada di Pasar Besar Wakaf Bharu di sini semalam.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan polis kira-kira pukul 10.20 pagi ketika dia sedang membeli sayur-sayuran di pasar tersebut seorang diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, lelaki itu datang ke pasar berkenaan dengan menunggang motosikal dan memakai baju lengan panjang bagi menyembunyikan bahagian pergelangan tangannya.

Katanya, bagaimanapun, pihak pengurusan pasar telah menyedari suspek memakai gelang pink sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Anggota polis bergegas ke pasar itu dan telah mengeluarkan kompaun RM5,000 selepas suspek didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika memakai gelang pink. Suspek juga telah meloloskan diri dari kawasan PKPD yang sudah dipagar dengan kawat duri bermula 4 hingga 17 Ogos ini.

“Difahamkan, ujian pertama saringan Covid-19 terhadap lelaki itu mendapati dia negatif, namun keputusan bagi ujian kedua yang dijalankan semalam masih belum diketahui,” katanya. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->