About Me

Lelaki sedang memandu maut ditembak


Sungai Buloh: Lelaki sedang memandu maut ditembak di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafaa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.30 tengah hari ini.

"Kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 42 tahun ditembak ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di lokasi berkenaan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditembak sebanyak empat das tembakan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pihak polis di talian 03-61561222.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->