About Me

Lindung 96 peratus jangkitan varian Delta


Kuala Lumpur: Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan Covid-19 varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia harus dimasukkan sebagai strategi keselamatan untuk mengurangkan penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

"Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan Covid-19 Delta varian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kajian baharu mengenai varian Delta mendapati ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Dr Noor Hisham dipetik berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati varian Delta tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

"Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain," katanya.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->