About Me

Maut digilis selepas motosikal jatuh bawah treler


KUANTAN – Seorang pekerja Alam Flora maut digilis sebuah treler selepas motosikal ditunggangnya terjatuh ketika melalui jalan yang sedang diselenggara di Jalan Permatang Badak berhampiran Kedai Buah Pok Dok di sini malam tadi.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa Amiruddin Abdul Latif,17, melalui jalan yang ditutup untuk penyelenggaraan sebelum terjatuh di sebelah jalan yang dibuka untuk laluan kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan daripada Kuantan Bypass ke Sungai Isap di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika pemandu treler sedang bergerak lurus, motosikal ditunggang mangsa yang melalui sebelah kiri jalan terjatuh ke bawah treler di sebelah kanan jalan.

“Pemandu treler hanya menyedari mangsa terjatuh selepas dimaklumkan oleh pekerja penyelenggaraan jalan yang berada di tepi laluan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan dan tidak mengikut tanda lalulintas di kawasan jalan dalam pembaikan. 

-K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->