About Me

Mayat bayi dalam longkang dikerumuni ikan


Balik Pulau: Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam longkang berhampiran kebun durian Mukim 6, Pondek Upeh di sini, hari ini.

Bayi malang yang masih bertali pusat itu juga ditemukan dalam keadaan dikerumuni ikan di dalam longkang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 2.30 petang selepas pihaknya menerima laporan doktor di Hospital Balik Pulau.

Menurutnya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi.


"Dikatakan pegawai perubatan menemui uri dalam rahimnya namun suspek enggan memberi kerjasama berhubung kelahirannya.

"Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya pada 6 petang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, hasil soal siasat kemudiannya suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah yang juga tempatnya bekerja selepas menyedari bayi itu lahir dalam keadaan tidak bernyawa di bilik tidurnya sejam sebelum dia ditemukan majikannya.

Menurutnya, suspek mendakwa dia berniat menanam bayi itu selepas menyedari tidak bernyawa namun apabila sampai berdekatan longkang dia berasa mahu pitam dan bayi berkenaan terlepas daripada pegangannya sebelum jatuh dalam longkang.

"Suspek turut mendakwa sempat kembali ke rumah sebelum pengsan di dapur dan dibantu majikannya yang berusia 54 tahun.

"Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya dengan pekerja kebun yang tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya," katanya.

Menurut Kamarul Rizal, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kemudiannya ke lokasi penemuan mayat bayi itu dan tempat kerja suspek bagi melakukan siasatan.

Katanya, mayat bayi itu akan dibedah siasat esok selepas mendapat keputusan saringan Covid-19 dan usaha mengesan lelaki yang dipercayai bapa bayi berkenaan sedang giat dijalankan.

"Suspek wanita itu ditahan di wad hospital ketika ini berikutan dia masih perlu mendapat rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Difahamkan, wanita itu bekerja sebagai penjaga warga emas dengan gaji bulanan RM1,300 dan dia menjaga bapa kepada majikannya itu sejak Februari tahun lalu.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->