About Me

Pekerja kurier gigih susun barang pelanggan dapat pujian


PETALING JAYA – Tindakan seorang pekerja kurier semasa menghantar bungkusan milik pelanggannya yang menjalani kuarantin tular di media sosial, sejak semalam.

Menerusi video dikongsi pengguna media sosial, @ismazlkha_ yang memaparkan pekerja tersebut meletakkan beberapa barangan milik penerima dengan penuh berhati-hati melalui celah-celah pagar turut mendapat pujian orang ramai.

Menurut pengirim video tersebut, dia hanya merakam tindakan pekerja kurier itu dari dalam rumah kerana sedang menjalani kuarantin.

“Abang ini memang hari-hari dah hantar barang dan setakat ini tak pernah nampak lagi dia campak barang walaupun parcel itu kecil dan ringan.

“Sanggup turun daripada motorsikal dengan panasnya dan susun bungkusan itu elok-elok. Tetapi, hari ini dia datang menaiki kereta. Terima kasih sebab ikhlas buat kerja,” katanya.

Menurutnya, pekerja kurier tersebut merupakan kakitangan sebuah syarikat kurier terkenal di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Setakat ini, video itu telah ditonton lebih 205,000 kali dan mendapat komen positif daripada pengguna media sosial.

“Sebabkan macam ini nanti, kerja gaji rasa cukup je. Allah suka orang yang kerja ikhlas mencari berkat, hebat abang ini,” kata Aqib.

“Bagusnya, kadang-kadang ada setengah pekerja kurier dia hon lama-lama sampai kita keluar juga dari rumah, kalau tidak memang kena campak barang,” kata Hakim. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->