About Me

Pembunuh bayi Zara ke tali gantung


SHAH ALAM – Perbuatan kejam seorang bekas tukang gunting rambut yang membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipanggil Zara tiga tahun lalu, berakhir apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Halim berkata, kecederaan yang dialami bayi Zara itu atau nama sebenarnya Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal yang teruk di bahagian luar dan dalaman menunjukkan tertuduh seorang yang tidak berperikemanusiaan.

“Di samping mengalami pendarahan di bawah kulit kepala yang banyak, tulang tengkorak si mati yang pecah, terdapat juga bekas lebam di lengan yang menurut doktor ia adalah luka akibat gigitan orang dewasa.

“Lebih menyedihkan mangsa turut didera dari segi seksual dengan dasyatnya dan perbuatan kamu (tertuduh) amatlah kejam. Apa dosa anak ini sehingga tergamak kamu menderanya dan memperlakukannya sedemikian rupa? Kamu sendiri ada anak, apa perasaan kamu seandainya anak kamu diperlakukan sepertimana kamu lakukan kepada si mati?” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Hazmi yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu didakwa telah membunuh dan menyebabkan kematian bayi perempuan tersebut di sebuah unit rumah apartmen di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini antara pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. 

-K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->